Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 Peringkat Kolej Kediaman | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 peringkat Kolej Kediaman

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 peringkat Kolej Kediaman

Serdang, 12 Julai - Sambutan Hari Aidilfitri 2018 peringkat Kolej Kediaman telah diadakan di Kolej Pendeta Za'ba pada hari Khamis bersamaan 23 Syawal 4019 Hijrah. Majlis ini telah berlangsung dengan begitu meriah yang dihadiri oleh semua staf pentadbiran Kolej Kediaman UPM Serdang. Majlis ini merupakan program sulung Kelab Kebajikan, Rekreasi & Sukan (KKRS) Kolej-kolej Kediaman yang dianjurkan bersama pengurusan kolej-kolej.

Beberapa orang staf kolej telah menunjukkan bakat masing-masing dengan menyampaikan beberapa buah lagu sebagai persembahan semasa majlis berlangsung. Pengetua-pengetua kolej juga turut bersama-sama mendendangkan beberapa buah lagu yang diketua oleh Pengerusi Jemaah Pengetua, Prof. Dr. Sidek Hj Abdul Aziz.

   

 

   

 

   

 

   

Kehadiran semua staf kolej ke majlis ini adalah bertujuan dapat merapatkan lagi hubungan serta mengenali antara satu sama lain. Semoga ukhwah yang terjalin antara staf, pegawai dan pengetua akan terus kukuh.

Date of Input: 06/09/2018 | Updated: 06/09/2018 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEbEAL~