| FOURTEENTH COLLEGE

Majlis Apresiasi dan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa

Serdang, 28 Sept - Majlis Apresiasi dan Penghargaan kepada Mantan Ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) bagi Kolej Empat Belas dan Kolej Enam Belas sesi 2017/2018 serta Watikah Pelantikan kepada MTM sesi 2018/2019 telah diadakan pada Jumaat malam di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun. Majlis Apresiasi ini adalah sebagai menghargai jasa dan bakti mantan MTM yang telah berkhidmat kepada kolej pada sesi yang lepas. Sijil penghargaan dan juga plak telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Pengetua Kolej Empat Belas dan Enam Belas, Prof. Madya Dr. Latifah binti Saiful Yazan, diiringi oleh Pengurus Kolej Empat Belas, En. Mohd Hazrie bin Minhat serta Pengurus Kolej Enam Belas, Tuan Haji Idzhar bin Yusoff.

Sijil penghargaan dan plak kepada  semua mantan MTM telah diserahkan kepada Mantan Presiden MTM Kolej Empat Belas, Ahmad Nasuha bin Abd Rahim serta dddd selaku Mantan Presiden MTM Kolej Enam Belas.

 

Pada majlis tersebut juga, MTM sesi 2018/2019 bagi kedua-dua kolej telah bergabung di atas satu pentas bagi melafazkan ikrar dengan penuh semangat sebagai simbolik taat setia sebagai MTM serta berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak kolej masing-masing.

Pengetua juga telah menyampaikan ucapan yang bermakna pada malam tersebut. Beliau amat berbesar hati dengan pencapaian mantan MTM kedua-dua kolej serta menggalakkan semua MTM sentiasa bersatu padu dan mengamalkan sikap tolenrasi di antara satu sama lain.

 

Tahniah kepada semua lantikan ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa sesi 2018/2019 serta terima kasih kepada ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa sesi 2017/2018.

SXDcXAN~