Kem Pemantapan Organisasi (KPO) Kolej Empat Belas Dan Kolej Enam Belas) | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Kem Pemantapan Organisasi (KPO) Kolej Empat Belas dan Kolej Enam Belas)

Kem Pemantapan Organisasi (KPO) Kolej Empat Belas dan Kolej Enam Belas)

Serdang, 29 Ogos - Kem Pemantapan Organisasi (KPO) Kolej Empat Belas dan Kolej Enam Belas telah dilaksanakan selama Empat (4) hari bermula pada 25 sehingga 29 Ogos 2018. Program ini telah dijalankan serentak bagi dua kolej berkenaan memandangkan Pengetua adalah orang yang sama dan dapat memudahkan perjalanan kem tersebut. Program ini telah dilakukan di sekitar kawasan serumpun bagi program ceramh serta seluruh kawasan UPM bagi program explorace.

 

Kem ini telah dihadiri oleh kesemua ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Empat Belas (MTM K14) dan ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Enam Belas (MTM K16). Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada MTM untuk menjadi pemimpin. Beberapa orang penceramah jemputan telah dijemput bagi memberi pengisian kepada MTM yang terlibat. Antaranya adalah Pak Sheikh, En. Syahriman daripada Pejabat Pendaftar, En. Ludinata daripada FPV, Pengasas Telekung Siti Khadijah serta Dr. Normala daripada FBMK.

 

   

 

   

 

   

 

  

 

   

 

   

 

 

Date of Input: 07/09/2018 | Updated: 07/09/2018 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEaGAD~