| FOURTEENTH COLLEGE

Congratulations! - 5S Special Award

Serdang, 12 April - Kolej Empat Belas UPM telah menerima Anugerah Khas 5S sempena Majlis Pelancaran 5S Kolej Kediaman UPM. Anugerah ini disampaikan sempena Audit Kendiri Amalan Persekitaran Kerja Berkualiti (5S) Kolej-kolej.

Majlis yang berlangsung pada hari Rabu di Dewan Sri Pulasan, Kolej Keenam telah dirasmikan oleh Timb. Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. M. Iqbal Saripan. Majlis ini juga telah dihadiri oleh semua staf kolej-kolej kediaman, bersesuaian dengan tema SEPAKAT, HEBAT BERKAT.

Kesemua 17 kolej di kampus Serdang UPM telah diaudit pada 3 & 4 April 2017. Markah penilaian adalah mengikut kriteria oleh Pusat Jaminan Kualiti (CQA) UPM.

Kolej Empat Belas berasa amat berbangga dengan Anugerah Khas ini. Kerjasama dan hasil kerja ditonjolkan dengan begitu baik oleh semua staf Kolej Empat Belas, walaupun telah mengalami penstrukturan lean dari segi sumber manusia.

Harapan semua staf adalah supaya Kolej Empat Belas dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang jika bertanding di peringkat universiti.

SXDcSAz~