| FOURTEENTH COLLEGE

4 Flat Tips n Tricks Programme

Serdang, 30 Okt - Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM)  Kolej Empat Belas dengan kerjasama Ahli Pengurusan Kolej telah mengadakan program berbentuk akademik iaitu Forum 4 Flat Tips and Tricks. Program yang dijalankan pada hari Isnin yang lepas telah diadakan di Dewan Putra 2 pada jam 08:30 malam. 

Program ini bertujuan sebagai perkongsian bersama mengenai rahsia kejayaan yang dicapai oleh alumni UPM. Tip yang diberikan pasti sangat menjadi keperluan terutama buat pelajar yang masih tercari-cari rentak untuk beraksi dengan cemerlang di pentas menara gading ini. Selain itu program ini diharapkan dapat melahir kesedaran yang mendalam tentang kepentingan para pelajar mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap potensi dan kemahiran diri untuk mencapai cita-cita di Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta mencapai tujuan hidup.

Alumni yang telah sudi berkongsi pengalaman mereka adalah 

  • Cik Nur Azlida binti Tajudin
  • En. Muhammad Azri bin Abd Jalil
  • Dr. Noor Liyana binti Yusof
  • En. Wan Ahmad Afiq

SXDcTAa~