| FOURTEENTH COLLEGE

3rd PLACE - FRESHIE GOT TALENT

Bukit Ekspo, 9 Sept - Sempena pendaftaran pelajar baharu sesi 2017/2018, satu program kesenian iaitu Freshie Got Talent telah diadakan pada hari Sabtu. Program ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat yang ada di dalam diri pelajar-pelajar baharu tersebut. 

Program ini juga diadakan sempena Bazar Persatuan yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Pelbagai jualan dijalankan oleh persatuan-persatuan yang ada di Universiti Putra Malaysia termasuk badan beruniform seperti SISPA, PALAPES DAN SUKSIS yang mempromosi badan tersebut untuk menarik ahli anggota serta membuat pameran.

Acara yang paling menarik adalah setiap kolej kediaman perlu memberikan cheers atau laungan kolej bagi menaikkan semangat setiap pelajar yang menginap di kolej berkenaan. Kreativiti mereka sangat dikagumi dan semangat yang kental telah memberikan suara yang menggemakan seluruh kawasan tersebut.

Pada hari tersebut, peserta Kolej Empat Belas telah mendapat tempat ke-3 di dalam acara Freshie Got Talent. Beliau telah membawakan tarian menerusi lagi Enjut oleh Noraniza Idris. Persembahan yang bertenaga telah disampaikan oleh pasangan berkenaan. Keputusan penuh adalah seperti berikut:

Tempat Pertama : Kolej Keenam

Tempat Kedua : Kolej Tujuh Belas

Tempat Ketiga : Kolej Empat Belas

Tempat Keempat : Kolej Canselor

Tempat Kelima : Kolej Tiga Belas

 

Tahniah diucapkan.

SXETPAJ~