| FOURTEENTH COLLEGE

3rd PLACE - CHORAL SPEAKING

Serdang, 23 Sept - Sempena sambutan 40 tahun penubuhan Kolej Kelima, satu pertandingan choral speaking telah diadakan pada 22-23 Septermber 2017. Pertandingan ini adalah ditetapkan secara berkumpulan seramai 20 hingga 25 orang untuk setiap kumpulan. Penganjur, Kelab Suara Siswa (KeSSis) di bawah Sekretariat Akademik, Majlis Tertinggi Mahasiswa sesi 2016/2017 Kolej kelima telah mengadakan pertandingan ini di Dewan Sri Harmoni di kolej berkenaan. Centre for the Advancement of Language (CALC) telah menjadi penganjur bersama program ini.

Pertandingan ini adalah bertujuan untuk membina keyakinan serta memperkasa mahasiswa UPM dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang diperlukan untuk kemajuan kendiri dan profesional. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat meningkatkan keyakinan serta teknik-teknik penggunaan bahasa Inggeris yang berkualiti serta dapat menjadikan mahasiswa UPM lebih bersedia dengan kemahiran dan sahsiah dalam menghadapi cabaran global di peringkat yang lebih tinggi dan universal.

Kolej Empat Belas telah mendapat tempat ke-3 di dalam pertandingan ini.

Seramai 20 orang pelajar telah mewakili Kolej Empat Belas di dalam pertandingan ini. Antaranya adalah :

  • Zhorifah binti Zakir
  • Siti Nurin Amalia binti Mazlan
  • Siti Nur Suhada binti Rostam
  • Nur Raihan binti Mohamad Jawaher
  • Nur Husniina binti Azath
  • Afifah binti Abdul Shamad
  • Nur Fazira binti Jafree
  • 'Amirah Syahirah binti Wahab
  • Nur Aqilah binti Nordin
  • Farrah Afriena binti Azmir Effindi
  • Zulaikha binti Zairul
  • Anizatul Syahirah binti Zainudin
  • Maizatul Noor Iqmal binti Hiffni
  • Nur Izzati binti Ismail
  • Amirah Ilyana binti Suhaimi
  • Nur Shazleen Amira binti Sharol Nizam
  • Nurulain Hasia binti Azhar
  • Mohd Najmie bin Dahlan
  • Muhd Daniel bin Mohd Razif
  • Mohd Haris bin Azahar
  • Nurhayati binti Ismail
  • Nur Arina Syazana binti Azman
  • Ameera Aiyah binti Azman

 

Tahniah diucapkan kepada para peserta.

SXDdAAq~