PERALATAN SUKAN

Kolej Empat Belas menyediakan peralatan sukan yang boleh digunakan untuk latihan bagi menyertai SUKOL. Peralatan yang ingin digunakan perlu dimaklumkan kepada staf pejabat iaitu En. Ahmad Shafei bin Moktar dan perlu mengisi borang tempahan peralatan.

Prosedur tempahan peralatan sukan :

  1. Pinjaman peralatan sukan perlulah melalui Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Sekretariat Sukan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Empat Belas.
  2. Isi borang Tempahan Kemudahan dan Pinjaman Peralatan (3 hari bekerja sebelum ingin menggunakannya).
  3. Dapatkan kelulusan daripada Pen. Pegawai Tadbir Kolej Empat Belas.
  4. Setiap pinjaman peralatan akan dikenakan deposit yang akan dipulangkan semula jika segala peralatan diserahkan dalam keadaan baik.
  5. Segala kerosakan dan kehilangan perlu dilaporkan bagi memastikan peralatan boleh digunakan semula oleh pelajar lain.

Basikal yang ada di Kolej Empat Belas

 

Bola keranjang, bola sepak, bola takraw

 

Bola tenis, chess

 

Kayu hoki

 

Peralatan Golf