Sekretariat Keusahawanan dan Korporat (SKOR)

Sekretariat Keusahawanan & Korporat bertanggungjawab dalam :-

  • Membentuk satu jawatankuasa kecil dalam menguruskan perjalanan dan kecemerlangan sekretariat di peringkat kolej dan universiti.
  • Menghadiri persidangan / mesyuarat / program / seminar / aktiviti dan berkaitan dengan sekretariat.
  • Membantu MTM dalam menjana kewangan dalam menjalankan program.
  • Sentiasa mengikuti perkembangan maklumat semasa tentang program keusahawanan daripada Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) Universiti Putra Malaysia.
  • Menganjurkan program berbentuk keusahawanan di peringkat kolej / interkolej / universiti.
  • Menghantar peserta/wakil dalam setiap program yang diadakan di peringkat kolej dan universiti.
  • Memastikan segala kelengkapan keusahawanan sentiasa mencukupi untuk warga kolej. (setiap kelengkapan yang berbayar hendaklah melalui TP I dan mendapat persetujuan presiden MTM)
  • Bertanggungjawab terhadap peralatan yang dipinjam oleh peserta / ahli sekretariat.
  • Menjaga kebajikan dan keperluan peserta / wakil yang mewakili kolej.
  • Bertanggungjawab terhadap pembangunan dan hal ehwal keusahawanan di Kolej 14 dan universiti.
  • Bertanggungjawab dalam membantu MTM / kolej / universiti dalam menjalankan program / seminar / aktiviti / pertandingan di peringkat kolej dan universiti.
  • Mengawal selia kebersihan dan bertanggungjawab dalam menjaga bilik MTM.
  • Sentiasa memaklumkan perkembangan sekretariat kepada felo pemantau.
  • Bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat oleh MTM.
  • Menjaga nama baik MTM, Kolej 14 dan Universiti Putra Malaysia.