Sekretariat Kebajikan dan Alumni (SKA)

Sekretariat Kebajikan dan Alumni bertanggungjawab dalam :- 

  • Membentuk satu jawatankuasa kecil dalam menguruskan perjalanan dan kecemerlangan sekretariat di peringkat kolej dan universiti.
  • Menghadiri persidangan /mesyuarat / program / seminar / aktiviti dan berkaitan dengan sekretariat.
  • Membantu MTM dalam menjana kewangan dan menjalankan program.
  • Menghantar peserta / wakil dalam setiap program yang diadakan di peringkat kolej dan universiti.
  • Sentiasa mengikuti perkembangan maklumat semasa tentang program alumni daripada Pusat Alumni Universiti Putra Malaysia.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berbentuk ‘homecoming’ dengan melibatkan alumni, warga Kolej 14 dan universiti.
  • Bertanggungjawab memastikan kebajikan dan keselamatan di Kolej Empat Belas berada dalam keadaan baik dan terkawal.
  • Bertanggungjawab terhadap penyertaan peserta/wakil kolej setiap program dalam program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan.
  • Menjaga kebajikan dan keperluan peserta / wakil yang mewakili kolej.
  • Bertanggungjawab terhadap pembangunan dan hal ehwal kebajikan dan keselamatan di Kolej Empat Belas dan universiti.
  • Bertanggungjawab dalam membantu MTM / kolej / universiti dalam menjalankan program / seminar / aktiviti / pertandingan di peringkat kolej dan universiti.
  • Mengawal selia kebersihan dan bertanggungjawab dalam menjaga bilik MTM.
  • Sentiasa memaklumkan perkembangan sekretariat kepada top pemantau.
  • Bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat oleh MTM.
  • Menjaga nama baik MTM, Kolej Empat Belas dan Universiti Putra Malaysia.